Thank You For Reminding Me What Butterflies Feel Like

Selepas dua bulan kenal dan contact, aku rasa kami sangat serasi. Kami tak rush dalam relationship. Kami steady but sure. Aku rasa aku dah jumpa tulang rusuk aku. Hahaha. Konon. Lepas je balik training dari KL. Tiba2 dia ajak aku jumpa. Dah kenapa mamat ni tiba2 je ajak jumpa. Katanya rindu, yang peliknya tak pernah jumpa macam mana boleh rindu bagai. Haziq2. Aku rasa jampi guna2 aku dah beraksi ni. Hahahaha. 😝😝😝 Hidup aku berubah total lepas kenal dia. Aku selalu happy and ceria. Dia tempat aku luahkan semua isi hati aku. 

Actually aku tu selalu pendam perassan aku, happy ke, sedih ke, kecewa or rasa apa2 pun. Aku diam je. Aku selalu act macam takde problem, act macam aku happy. Padahal tak pun. Tak selesa nak cerita kat orang, macamlah orang faham. Aku malas nak dengar orang cakap "sabarlah, biasa la dugaan hidup". πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’ Aku sabar je dapat masalah, aku cuma nak someone bagi nasihat, bagi jalan penyelesaian ke. Takpelah. Masalah diorang pun bertimbun, nak tambah dengan masalah aku. Happy ade tempat bercerita tapi aku rasa semua orang pun mcm tu kalau dah suka kat someone kan. Rasa dialah segalanya. Lautan api akan kurenangi. Hek eleh, kena minyak panas pun nangis. Takyah nak cakap renangi lautan api, redah hujan pun kau berlari-lari. Takut basah padahal air bukan sakit. 😝😝😝

Untuk first date sumpah nervous, memang la aku takut muka aku macam jalan tar penuh dengan jerawat je. Lelaki mane boleh terima. Aku takut kena kutuk depan2 je. Tapi before jumpa tu memang aku cakap muka aku berjerawat. Nak tahu dia reply ape ? "Saya tak kesah sebab saya suka awak bukan sebab rupa tapi sebab perangai awak. Ya ampun, even aku tahu dia ambik hati je. Tapi roh aku macam dah terbang ke eiffel tower terus ke laut china selatan terus ke cebu, baru balik kerteh. Terbang2 je aku rasa. Seronok yang amat sangat masa tu. πŸ›ΈπŸ›ΈπŸ›Έ Dia whatsapp aku hri tu. Katanya dah dekat, dah lalu pun depan rumah tapi tak berhenti. Nervous katanya. Lek lah bang bukan akad nikah, first date je pun. 

Dia berhenti depan rumah siapa la ni. Ke nak beli rumah tu untuk kita ? 😎

Bila dah ok, dia datang jumpa parent aku. Masa tu aku quite sure dia serious dengan aku. Kami tak pergi mana2 pun just beli McDonald drive thru, beli 2 set burger Spicy McDeluxe. Dia pernah mimpi moment ni. Amboi, tak pernah jumpa dah mimpi2 ae. Eiii, nakal.😍😍😍 And kami makan dekat pantai kerteh sambil ditemani angin pantai mencengkam dan keindahan air laut yang dipukul ombak. Ceeeyyyhhh, acah2 romantic macam cerita india ni macam Shahrukh Khan dan Kajol. Hahahaha, Padahal realitinya kami duk kepanasan dalam kereta sebab tengahari, angin pun takde. Lepas pergi pantai kerteh, kami pergi pantai kemasik. Cuba korang fikir apa masalah kami, bukan dua2 pantai ke. Dah kenapa la sanggup pergi pantai kemasik. And then pusing2 air jernih sebab nak cari waterpark kononnya tapi yang ada hanyalah eye water (mata ayaq). Jalan2 paka sampai la kami naik highway nak cari surau punya pasal. Eleh nak cari surau ke nak spend time. Hek eleh, masing2 tak nak mengaku tak nak balik lagi. Last skli dia solat dekat luar surau kijal sebab semua surau tutup musim ni. Orang lain duk lawan Covid, Kau duk sibuk cari jodoh. Amira2.


  Tempat dia solat masa first date


Seronok hari ni dapat borak face to face. Lepas tu kami singgah pantai kemasik lagi sebab nak makan burger aku tu tapi kami share sebab aku tak lapar. Ya ampun, kalau dah bercinta, mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang. So, lepas cakap2 kami selfie a few photo and then dia hantar balik. Dah petang, lagipun tak tahu nak jalan kat mane. Semua tempat tutup. 


                                  

Kalau tengok gambar ni aku rasa si Haziq ni terhantuk masa kecil. Jerawat kat muka aku ni berkampung kot. Semua ada penghulu, anak buah, cucu, cicit, balai kampung, balai polis. Tanya la apa pun, semua ada kat muka aku ni. Dia masih nak, dia masih terima aku. Thanks ye sayang. Saya appreciate sangat.

Haziq, thank you for created this wonderful memory in my life







Comments